Sunday, December 28, 2008

Dia


Noor tinggal sendirian. Izan dan Imah telah balik ke asrama. Noor malas nak balik kerana nak sembahyang kat surau library  saja. 

Library  rasa lengang. Sejuknya bagai mengigit2 tulang . Tiba2 datang sekumpulan boys duduk di meja bertentangan. 

Rasa segan. Terus tunduk dan cuba selesaikan tugas yang diberi oleh Prof. Yusof tu.  Sekali sekala kedengaran suara budak2 tu berbisik2 dan ketawa.

Sedang Noor asyik menulis, datang seorang lelaki .Katanya nak pinjam liquid paper. Noor hulur je tanpa berkata apa2. Noor malu betul. Kalau classmates tak ape laa.. ni orang yang tidak Noor kenali. Entah siapa la dia tu. 

Selepas dia pergi, Izan dan Imah pun sampai. Huh! Rasa lega betul. Sedang kami berbincang , budak tu datang lagi. Sambil memulangkan kembali liquid paper tu, dia mengucapkan terima kasih.

Noor buat tak tau je. (rasa malu lah!) Izan dan Imah saling berpandangan. Budak tu mulakan perbualan. Tapi yang melayan ialah Izan dan Imah! Noor hanya diam dan buat kerja tu. 

Masa balik ke asrama, Izan bertanya, " Noor kenal ke budak tu?"

Noor kata tidak. Dia cuma nak pinjam benda tu. Imah tersenyum lalu berkata," Dia minat kat Noor . Buat2 jual mahal pulak!"

Aduh! Teruk betul lah Imah ni..... Noor tak de niat begitu! Noor betul2 malu! Noor tak pernah bergaul dgn lelaki sebelum ini kerana bersekolah Convent. Lelaki yang Noor kenali hanyalah ayah, adik2 dan saudara2 terdekat. Sampai hati Imah ni....


2 comments:

  1. sabarlah noor.. tak salah mengenali lelaki... Dia juga dicipta oleh Allah.. Dan dia dicipta untuk melindungi kaum hawa...

    ..:Moga Noor tak risau lagi:..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan,
    Ok la tu sekurang kurangnya ada peminat tersendiri.

    ReplyDelete